Sep 9, 2015

Start a new blog

Assalamualaikum wbt.

Lama dah tak menaip di sini. Lama tinggalkan, nak menaip pun idea dah berkarat. Sekarang delete post lama, dan beri nafas baru dalam blog ni. Dulu starting buat blog, cerita merepek-repek, copy-paste post orang nak kasi blog ni orang baca. Bila blog sudah tak popular langsung senyap.

Alright, about my life sekarang, sudah 7 bulan aku graduate dari Port Dickson Polytechnic. Sekarang masih mencari kerja, dan buat part-time freelance photographer(buat sikit2). Maybe one day, aku nk buka business photography sendiri or other business ikut skill yg sedia ada, cuma kena polish balik skill yg lama sudah berkarat.

Masa pun cepat berlalu, daripada alam sekolah, sekarang sudah masuk alam pekerjaan. Zaman sekarang sangatlah sukar mencari kerja dengan ekonomi Malaysia yang semakin merosot (but PM says ekonomi kita kukuh...LOL), aku pun buntu. Maybe kena sambung belajar, sebab diploma rasa tak cukup. But my plan right now, nak kerja di Malaysia dalam 2-3 tahun, then pergi ke luar negara cari experience bekerja disana(because my aunt ajak duduk di Canada). Terpulang pada aku sama ada ikut plan atau tak.

Yes, memang cita-cita aku nak menjadi professional tuner, tapi perjalanan masih jauh lagi. 

Sekarang tgh impikan memiliki sebuah Proton Inspira R3 1.8 Manual 5-speed, nak bereksperimen modified dengan kereta tu. Tapi dah ada orang buat. 4B11T 2.0L engine swap memang impian.

Proton Inspira R3
Disebabkan tak mampu nak beli Evo X, inipun ok untuk permulaan ni. Nanti ada rezeki pakai evo pulak.

Oklah, post baru pun dh mula merepek. Post yang seterusnya maybe aku hanya upload gambar dan cerita sikit2.

sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Followers®